Tuesday 16 April 2013

LAWATAN KKP DAN PEN.PENGARAH BPMS JHEAINS .

16hb April 2013 : Program Bengkel Pembinaan Laman Blog Siri ke 4 telah dikejutkan dengan kehadiran KPP Bhgn. Pengurusan Masjid dan Surau AL Fadhil Ust Amran b Awwaludin serta Pen.Pengarah Bhgn Pengurusan Masjid JHEAINS dan Surau Al Fadhil Ust Shahrizan b Ibrahim .Selamat Datang .






Monday 15 April 2013

BENGKEL MEMBINA LAMAN BLOG  Siri 4 :

16 hb April 2013 : Bengkel Membina Laman Web Kali 4 telah berjaya diadakan pada 16 hb April 2013 di bilik ICT Masjid Jamek An Nur Rembau . Seramai 4 orang peserta telah terlibat di dalam Bengkel ini . Mereka ialah wakil-wakil Masjid Kariah Legung Ulu , Masjid Kariah Kundur Ulu , Masjid Kariah Kota  Masjid Jamek An Nur Pekan Rembau dan Masjid Kariah Astana Raja .Tahniah















Wednesday 10 April 2013

11 hb April 2013 - BENGKEL MEMBINA LAMAN BLOG MASJID SIRI 3

Bengkel Membina Laman Blog Masjid Siri 3 telah berjaya diadakan pada 11 April 2013 di bilik ICT Masjid Jamek An Nur Rembau , Seramai 4 orang peserta telibat di dalam bengkel tersebut iaitu Masjid Pekan Pedas , Masjid Kariah Titian Bintangor , Masjid Kariah Seberang Paya dan Masjid Jamek An Nur Pekan Rembau .Bengkel atau Kursus ini telah dibimbing oleh sdr Hasnul ( Sukarelawan MAINS )










Thursday 4 April 2013


BENGKEL MEMBINA LAMAN BLOG MASJID SIRI KE 2

2 hb April 2013 : Bengkel Membina Laman Blog Siri ke 2 telah berjaya dilaksanakan pada 2hb April 2013 . Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Masjid dan Surau Daerah Rembau . Seramai 7 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel ini iaitu wakil-wakil Masjid Jamek Tanah Datar , Masjid Kariah Pulau Mampat , Masjid Kariah Padang Lebar , Masjid Kariah Mampong , Masjid Kariah Durian Daun , Masjid Kariah Bongek dan Masjid Kariah Kg Rendah .

















Wednesday 27 March 2013

Bengkel Membina Laman Blog Siri 1

Rembau : 28Mac 2013 . Satu Bengkel Membina Laman Blog Siri 1 telah diadakan  oleh Unit Masjid dan Surau Pejabat Agama Islam Daerah Rembau  khusus bertujuan bagi memberi pendedahan dan teknik-teknik asas bagi Membina Laman Blog Masjid - Masjid Daerah Rembau . Seramai 10 orang peserta siri 1 telah terlibat di dalam menjayakan program kali ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Unit Masjid dan Surau PAID Rembau , manakala penceramahnya pula ialah Sdr Hasrul Nizam b Sidek , seorang sukarelawan MAINS .